Rabu, 16 Mei 2012

.::SECANGKIR ILMU PANDUAN BERSAMA::.


KITE SERINGKALI MENCARI 'OPTIONS' DALAM MEN'GENERATE'KAN HARTA KITE.... (fail bhse melayu aku... erkk...ok... smbg balik..) SALAH SATU CARE YG PALING 'FAMOUS' ADALAH MELALUI 'INVESTMENT'... @ PELABURAN... TP... ADAKAH KITE TAU ATAS PRINSIP APEKAH PELABURAN TU DIJLNKAN....? DAN ADEKAH PELABURAN YG KITE PILIH ITU PELABURAN YG PATUH SYARIAH...? (wah... wah... da mcm agen pelaburan plak aku nie... kik3... boleh laa...) OLEH ITU, MARILAH KITE SAME2 'TOPUP' ILMU KITE YG CIPUT NIE.... WALLAHUALAM...

Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Saham Amanah Islam
Penggunaan prinsip-prinsip Syariah dalam urusniaga saham amanah Islam ini menjadi penentu kepada status halal sesuatu dana amanah dan sekaligus membezakan saham amanah Islam dengan saham amanah konvensional. Antara prinsip Syariah yang digunakan ialah:

1)      Al-Musyarakah
Secara amnya, dana saham amanah Islam menggunakan prinsip al-musyarakah dalam pelaksanaannya. Ini bermakna bahawa pemegang unit akan berkongsi dalam pengumpulan dana dan tiap-tiap daripada mereka memiliki syer dalam amanah saham tersebut. Oleh sebab itu, apabila seseorang membeli unit dalam saham amanah, sebenarnya beliau telah berkongsi dari segi pemilikan dana amanah saham tersebut bersama-sama dengan pemegang-pemegang unit yang lain.

2)      Al-Wakalah
Al-Wakalah secara umumnya bermakna perwakilan. Dari segi bahasa mempunyai dua maksud iaitu ‘penjagaan’ dan ‘penyerahan kuasa’. Mengikut istilah  fuqaha’, al-wakalah  bermaksud memberi kuasa kepada orang lain untuk menguruskan hal-hal tertentu di bawah kuasanya. Di samping itu, al-wakalah merupakan akad yang memberi kuasa kepada orang yang diwakilkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja bagi pihak orang yang memberi wakil itu. Berdasarkan kepada perjanjian di dalam surat ikatan amanah bagi sesuatu dana saham amanah, pengurus dana menjadi wakil kepada pemegang unit amanah bagi menguruskan dana amanah. Pemegang unit amanah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada syarikat pengurusan dana untuk mewakili mereka bagi membuat pelaburan modal di dalam portfolio yang pelbagai.

3)      Al-Ujr
Al-Ujr memberi pengertian upah.  Dalam saham amanah Islam, pengurus dana bertanggungjawab menguruskan dana dan melabur modal dalam pelbagai portfolio. Dalam melaksanakan tugas ini, syarikat pengurus dana akan menerima yuran pengurusan di bawah konsep al-ujr. Secara lebih tepat, al-ujr merujuk kepada yuran dan komisen yang dibayar oleh pelanggan kerana menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

4)      Harta Musya
Saham amanah disifatkan sebagai harta yang dijual beli dan ianya  dikategorikan sebagai harta musya. Harta musya merujuk kepada harta yang mempunyai kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dimiliki oleh ramai pemilik dan setiap pemilik boleh berurusan dengan bahagian yang telah ditentukan tanpa menunggu hak ahli syarikat yang lain, dengan syarat bahagian tersebut telah ditentukan kadarnya. Ciri-ciri saham amanah yang terdiri daripada pelbagai jenis harta yang dicampur hasil daripada urusniaga dengan pelbagai jenis syarikat yang menjalankan aktiviti yang berbeza menjadikan ianya betul-betul bertepatan dengan konsep harta musya menurut Islam.

5)      ‘Uqud Ghayr Musamma
‘Uqud ghayr musamma (denominated contract) adalah merujuk kepada akad-akad yang mana penamaannya dilakukan oleh masyarakat sesuai dengan keperluan mereka berdasarkan zaman dan tempat. Antara kontrak yang termasuk di dalam kategori ini adalah bay` al-istisna’dan bay` al-wafa’. Ini bermakna konsep syarikat moden pada hari ini, yang mana urusniaga saham amanah dijalankan berdasarkan kontrak dalam ‘uqud ghayr musamma, telah diterima umum dan ianya telah menjadi sebahagian dari adat (‘urf) untuk berbuat sedemikian. Dengan kata lain, ianya merupakan satu kontrak yang baru wujud selaras dengan keperluan semasa. Dalam fiqh muamalat, kontrak-kontrak tersebut dinamakan sebagai ‘uqud ghayr musamma kerana ianya tidak disebut dalam nas (seperti dalam al-Quran mahu pun al-hadith) dan tidak diberi nama khusus oleh fuqaha’ silam.





















MOGA2 ILMU YG KITE DPT ARY NI BERMANFAAT UTK KITE BERSAME....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...