KITE SERINGKALI MENCARI 'OPTIONS' DALAM MEN'GENERATE'KAN HARTA KITE.... (fail bhse melayu aku... erkk...ok... smbg balik..) SALAH SATU CARE YG PALING 'FAMOUS' ADALAH MELALUI 'INVESTMENT'... @ PELABURAN... TP... ADAKAH KITE TAU ATAS PRINSIP APEKAH PELABURAN TU DIJLNKAN....? DAN ADEKAH PELABURAN YG KITE PILIH ITU PELABURAN YG PATUH SYARIAH...? (wah... wah... da mcm agen pelaburan plak aku nie... kik3... boleh laa...) OLEH ITU, MARILAH KITE SAME2 'TOPUP' ILMU KITE YG CIPUT NIE.... WALLAHUALAM...
Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Saham Amanah Islam
Penggunaan prinsip-prinsip Syariah dalam urusniaga saham
amanah Islam ini menjadi penentu kepada status halal sesuatu dana amanah dan
sekaligus membezakan saham amanah Islam dengan saham amanah konvensional.
Antara prinsip Syariah yang digunakan ialah:
1)
Al-Musyarakah
Secara amnya, dana saham amanah Islam
menggunakan prinsip al-musyarakah dalam pelaksanaannya. Ini bermakna
bahawa pemegang unit akan berkongsi dalam pengumpulan dana dan tiap-tiap daripada
mereka memiliki syer dalam amanah saham tersebut. Oleh sebab itu, apabila
seseorang membeli unit dalam saham amanah, sebenarnya beliau telah berkongsi
dari segi pemilikan dana amanah saham tersebut bersama-sama dengan
pemegang-pemegang unit yang lain.
2)
Al-Wakalah
Al-Wakalah secara umumnya bermakna perwakilan. Dari segi
bahasa mempunyai dua maksud iaitu ‘penjagaan’ dan ‘penyerahan kuasa’. Mengikut
istilah fuqaha’, al-wakalah bermaksud memberi kuasa kepada orang lain
untuk menguruskan hal-hal tertentu di bawah kuasanya. Di samping itu, al-wakalah
merupakan akad yang memberi kuasa kepada orang yang diwakilkan untuk
menjalankan sesuatu tugas atau kerja bagi pihak orang yang memberi wakil itu. Berdasarkan
kepada perjanjian di dalam surat ikatan amanah bagi sesuatu dana saham amanah,
pengurus dana menjadi wakil kepada pemegang unit amanah bagi menguruskan dana
amanah. Pemegang unit amanah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada syarikat
pengurusan dana untuk mewakili mereka bagi membuat pelaburan modal di dalam
portfolio yang pelbagai.
3)
Al-Ujr
Al-Ujr memberi pengertian upah. Dalam saham amanah Islam, pengurus dana
bertanggungjawab menguruskan dana dan melabur modal dalam pelbagai portfolio.
Dalam melaksanakan tugas ini, syarikat pengurus dana akan menerima yuran
pengurusan di bawah konsep al-ujr. Secara lebih tepat, al-ujr merujuk
kepada yuran dan komisen yang dibayar oleh pelanggan kerana menggunakan
perkhidmatan yang disediakan.
4)
Harta Musya
Saham amanah disifatkan sebagai harta yang
dijual beli dan ianya dikategorikan
sebagai harta musya. Harta musya merujuk kepada harta yang
mempunyai kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dimiliki oleh
ramai pemilik dan setiap pemilik boleh berurusan dengan bahagian yang telah
ditentukan tanpa menunggu hak ahli syarikat yang lain, dengan syarat bahagian
tersebut telah ditentukan kadarnya. Ciri-ciri saham amanah yang terdiri
daripada pelbagai jenis harta yang dicampur hasil daripada urusniaga dengan
pelbagai jenis syarikat yang menjalankan aktiviti yang berbeza menjadikan ianya
betul-betul bertepatan dengan konsep harta musya menurut Islam.
5)
‘Uqud Ghayr Musamma
‘Uqud ghayr musamma (denominated contract) adalah merujuk
kepada akad-akad yang mana penamaannya dilakukan oleh masyarakat sesuai dengan
keperluan mereka berdasarkan zaman dan tempat. Antara kontrak yang termasuk di
dalam kategori ini adalah bay` al-istisna’dan bay` al-wafa’. Ini
bermakna konsep syarikat moden pada hari ini, yang mana urusniaga saham amanah
dijalankan berdasarkan kontrak dalam ‘uqud ghayr musamma, telah diterima
umum dan ianya telah menjadi sebahagian dari adat (‘urf) untuk berbuat
sedemikian. Dengan kata lain, ianya merupakan satu kontrak yang baru wujud
selaras dengan keperluan semasa. Dalam fiqh muamalat, kontrak-kontrak tersebut
dinamakan sebagai ‘uqud ghayr musamma kerana ianya tidak disebut dalam
nas (seperti dalam al-Quran mahu pun al-hadith) dan tidak diberi nama khusus
oleh fuqaha’ silam.